Wednesday, August 12, 2015

Pendaftaran sesi 2016 DIBUKA

PENDAFTARAN 2016
TADIKA DESA FLORA
(Islamic preschool)
DIBUKA SEKARANG!!!
⏰ Waktu pembelajaran 8pg - 12tghari.
- Modul kebangsaan (kurikulum standard prasekolah kebangsaan)
- Smart reading programme (BM & BI)
- J-QaF
- Art & craft
⏰ Waktu pembelajaran 2ptg - 5ptg
🌍 Praktikal dan amali
- Solat
- Wudhu
- Asas fardhu ain
- Bacaan Quran (iqra/furqan)
- Hafazan surah, hadis & doa harian
⏰ Waktu pembelajaran 8pg - 12tghari.
👥 Terhad kepada 50 orang pelajar sahaja berumur 4thn - 6thn.
Dapatkan borang pendaftaran sekarang di
Tadika Desa Flora,
Dewan Desaminium Flora,
Tmn. Desaminium,
Lestari Perdana,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Pn. Khadijah 014-6313705/ 016-3234571
En. Ali 013-3134691
🚫 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 30 OKTOBER 2015.

Tuesday, June 2, 2015

Bermain nombor

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Bertemu lagi dengan entri NOMBOR daripada kami.
Jom bermain mengecam jumlah dan angka dengan betul.
Siapa yang betul banyak, dia dapat banyak jelly...!!! Waaaahhhh...!!! Seronoknya..!!











Friday, April 3, 2015

Eksperimen Pelangi

Aktiviti Mac

ألسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Pelangi pelangi....
Alangkah indahmu...
Merah kuning hijau...
Di langit yang biru..
Pelukismu agung..
Siapa yang gambar...
Pelangi ciptaan Allahu Akbar...

- Ustaz Zamri-


Hai semua...Jom lihat aktiviti kami kali ini..
Woooww... Teruja sungguh kami mahu membuat eksperimen pelangi...

Mudah sahaja...kawan-kawan di luar sana pun boleh mencubanya sendiri...amat mudah..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
3 jenis pewarna makanan/ink printer (merah, biru, kuning)
Susu kotak
Sabun pencuci pinggan
Pinggan jernih

Cara-caranya ialah:
Tuangkan susu kedalam pinggan.
Titiskan 3 pewarna dengan jarak yang dekat.
Titiskan pula sabun diantara pewarna..

Hasil pemerhatian:
Sabun menolak pewarna dan ia bercampur sesama mereka.Lihat perubahan warna apabila ia bercampur...
Maka terhasillah beberapa warna campuran membentuk warna-warna pelangi...






Setelah selesai eksperimen tersebut, mari kita rekod hasil pemerhatian itu.






Alhamdulillah...selesai akhirnya... Kami berharap agar mereka peroleh sesuatu yang bermakna hari ini...










Tuesday, March 17, 2015

Teknik Melukis

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, kami guru-guru di Tadika islam Desa Flora cuba mencungkil bakat anak didik kami dengan mendedahkan kepada mereka bentuk-bentuk yang boleh digabungkan supaya menghasilkan suatu yang mereka sendiri tidak menyangka mampu melukis. 
Ya....
hanya dengan melukis bentuk-bentuk, mereka sudah mula mencipta beberapa idea yang kadangkala guru sendiri pun tak dapat nak menggambarkannya.


Kanak-kanak diminta menyebut bunyi setiap huruf dan cuba menggabungkan bunyi huruf-huruf tersebut.
Maka, terhasillah 1 perkataan daripada gabungan bunyi-bunyi huruf tadi.

Lllll......ooooo....rrrrrr.....iiiii...
Lo... ri...
Lori.


Kanak-kanak mewarnakan bentuk-bentuk ini mengikut arahan warna daripada guru. (untuk menguji pengecaman warna dan mendengar arahan)





Lihatlah hasil mereka.
Mereka bebas menggunakan gunting untuk memotong beberapa bentuk untuk dicantumkan menjadi sebuah lori.



Setelah selesai sesi menggunting, kanak-kanak diberi gam dan menampal bentuk-bentuk tersebut di dalam buku skrap masing-masing.

Guru juga menyampaikan sebuah imaginasi untuk membantu mengembangkan pemikiran mereka.
Akhirnya, kanak-kanak ini berjaya melukis melalui imaginasi mereka.

Hebatnya kanak-kanak ini...


Sekian,
By,
Ummuhakeem.

Kreativiti bahan terbuang

Assalamualaikum wbt.

Bahan bantu mengajar.
- sarang telur
- water colour
- pisau

Bahagikan sarang telur kepada 2 bahagian.
Warnakan.
Biarkan sehingga kering.









Taraaaa....
Sudah pun siap bahan bantu kita. Sekarang, gunakan kad huruf untuk membentuk suku kata.
Selamat mencuba...


By,
Ummuhakeem

Wednesday, March 4, 2015

Konsep Nombor (Part 2)

Assalamualaikum wbt...

Bertemu lagi dengan entry nombor ...

Kesedaran mengenai bunyi dan susunan nombor

Kanak-kanak sudah mula belajar konsep membilang sejak mereka mula bertatih, memanjat tangga, bermain jari atau menyanyi. Pengalaman yang berulang-ulang ini merangsang kebolehan kanak-kanak mengingat susunan dan bunyi nombor walaupun mereka belum memahami konsep atau makna nombor yang disebutkan.



Simbol nombor

Pada peringkat awalnya memang kanak-kanak akan menghafal turutan nombor tanpa mengetahui makna disebalik nombor-nombor yang disebutkan. Oleh itu, pengalaman menggunakan bahan konkrit penting bagi meningkatkan kefahaman konsep nombor dan perkaitan dengan bilangan.



Mengenal simbol angka

Kanak-kanak menghafal turutan nombor dan diteruskan dengan pemahaman antara objek dan nombor dan seterusnya simbol nombor. Simbol nombor boleh bertukar-tukar mengikut bangsa atau kaum.







Menyusun nombor

Apabila kanak-kanak sudah mengenal dan mengecam simbol nombor, kanak-kanak perlu diberi pendedahan kepada susunan nombor. Susunan nombor yang betul penting apabila kanak-kanak mengira.






Sekian entry kali ini...

Bertemu lagi dalam episod akan datang.

Bagaimana konsep tambah dan tolak untuk kanak-kanak...

Post by
ummuhakeem

Tuesday, March 3, 2015

Konsep Nombor

Assalamualaikum wbt..




















Apakah yang anda dapat lihat daripada permainan di atas?

Mereka asyik bermain keretapi menggunakan kerusi sambil membuat bunyi keretapi... "chuuu chuuu...chhuuu chuuu.."
Kelihatan lucu juga. Barangkali mereka ini terpengaruh dengan cerita Thomas & His Friend.

Sabar...cikgu mesti kena banyak sabar dalam melayan setiap karenah anak-anak ini. Jangan pandang enteng dengan setiap permainan mereka. Cuba kita pandang pada sudut positif dan cuba terapkan nilai-nilai murni dan pengajaran dalam setiap permainan mereka. Inilah yang dinamakan bermain sambil belajar.

Hari ini kami cuba kupas lagi kelemahan anak didik kami dan kami cuba memberi pendedahan terbaik tanpa meninggalkan tekanan negatif dalam minda pelajar. Kami belajar santaiiiii...

Membilang

Membilang adalah proses yang melibatkan hubungan satu dengan lain atau padanan set. Hubungan ini melibatkan benda dengan simbol, sama ada dalam bentuk simbolik atau tertulis. Kanak-kanak dalam peringkat awal biasanya membilang dalam bentuk hafalan tanpa kefahaman. Contohnya kanak-kanak menyanyikan  "satu dua tiga empat, siapa cepat dia dapat". Tetapi kemungkinan mereka belum memahami konsep 1,2,3 dan 4.

Kanak-kanak mendapat pengalaman nombor secara tidak langsung melalui berbagai cara seperti:

1. Permainan:

  • Permainan dalaman seperti bermain domino nombor dan puzzle.
  • Permainan luaran seperti Teng-teng, pukul berapa datuk harimau.
2. Nyanyian- 10 anak ayam
3. Persekitaran rumah- nombor rumah, nombor pendaftaran kenderaan dan nombor telefon.
4. Kegiatan harian yang melibatkan nombor.

Kanak-kanak lebih berminat dengan nombor sekiranya nombor itu ada perkaitan dengan dirinya. Contohnya umur, bilangan anggota badan seperti jari. Kebolehan mengira secara hafalan bukanlah beerti kanak-kanak sudah dapat mengaitkan antara kuantiti dan fungsi. Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1998). Komsep ini dikenali sebagai padanan satu dengan satu.

Peluang membilang dan hafalan nombor adalah berkaitan dengan pengalaman sebenar yang diberikan. Pada peringkat awal kanak-kanak mereka perlu diberi peluang mengira dan menggunakan nombor. Salah satu caranya adalah dengan menggalakkan mereka mendengar secara berulang-ulang aktiviti nyanyian dan permainan. Ianya bertujuan supaya mereka memperoleh:
  1. Kesedaran berkenaan bunyi dan susunan (seriasi ) nombor.
  2. Memahami makna nombor.
  3. Mengenal simbol angka
  4. Menyusun angka.
  5. Membilang atau mengira.







Kesedaran mengenai bunyi dan susunan nombor

Kanak-kanak sudah mula belajar konsep membilang sejak mereka mula bertatih, memanjat tangga, bermain jari atau menyanyi. Pengalaman yang berulang -ulang ini merangsang kebolehan kanak-kanak mengingat susunan dan bunyi nombor walaupun mereka belum memahami konsep atau makna nombor yang disebutkan.




Menyusun nombor

Apabila kanak-kanak sudah mengenal dan mengecam simbol nombor, kanak-kanak perlu diberi pendedahan kepada susunan nombor. Susunan nombor yang betul penting apabila kanak-kanak mengira.