Tuesday, March 3, 2015

Konsep Nombor

Assalamualaikum wbt..




















Apakah yang anda dapat lihat daripada permainan di atas?

Mereka asyik bermain keretapi menggunakan kerusi sambil membuat bunyi keretapi... "chuuu chuuu...chhuuu chuuu.."
Kelihatan lucu juga. Barangkali mereka ini terpengaruh dengan cerita Thomas & His Friend.

Sabar...cikgu mesti kena banyak sabar dalam melayan setiap karenah anak-anak ini. Jangan pandang enteng dengan setiap permainan mereka. Cuba kita pandang pada sudut positif dan cuba terapkan nilai-nilai murni dan pengajaran dalam setiap permainan mereka. Inilah yang dinamakan bermain sambil belajar.

Hari ini kami cuba kupas lagi kelemahan anak didik kami dan kami cuba memberi pendedahan terbaik tanpa meninggalkan tekanan negatif dalam minda pelajar. Kami belajar santaiiiii...

Membilang

Membilang adalah proses yang melibatkan hubungan satu dengan lain atau padanan set. Hubungan ini melibatkan benda dengan simbol, sama ada dalam bentuk simbolik atau tertulis. Kanak-kanak dalam peringkat awal biasanya membilang dalam bentuk hafalan tanpa kefahaman. Contohnya kanak-kanak menyanyikan  "satu dua tiga empat, siapa cepat dia dapat". Tetapi kemungkinan mereka belum memahami konsep 1,2,3 dan 4.

Kanak-kanak mendapat pengalaman nombor secara tidak langsung melalui berbagai cara seperti:

1. Permainan:

  • Permainan dalaman seperti bermain domino nombor dan puzzle.
  • Permainan luaran seperti Teng-teng, pukul berapa datuk harimau.
2. Nyanyian- 10 anak ayam
3. Persekitaran rumah- nombor rumah, nombor pendaftaran kenderaan dan nombor telefon.
4. Kegiatan harian yang melibatkan nombor.

Kanak-kanak lebih berminat dengan nombor sekiranya nombor itu ada perkaitan dengan dirinya. Contohnya umur, bilangan anggota badan seperti jari. Kebolehan mengira secara hafalan bukanlah beerti kanak-kanak sudah dapat mengaitkan antara kuantiti dan fungsi. Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1998). Komsep ini dikenali sebagai padanan satu dengan satu.

Peluang membilang dan hafalan nombor adalah berkaitan dengan pengalaman sebenar yang diberikan. Pada peringkat awal kanak-kanak mereka perlu diberi peluang mengira dan menggunakan nombor. Salah satu caranya adalah dengan menggalakkan mereka mendengar secara berulang-ulang aktiviti nyanyian dan permainan. Ianya bertujuan supaya mereka memperoleh:
  1. Kesedaran berkenaan bunyi dan susunan (seriasi ) nombor.
  2. Memahami makna nombor.
  3. Mengenal simbol angka
  4. Menyusun angka.
  5. Membilang atau mengira.







Kesedaran mengenai bunyi dan susunan nombor

Kanak-kanak sudah mula belajar konsep membilang sejak mereka mula bertatih, memanjat tangga, bermain jari atau menyanyi. Pengalaman yang berulang -ulang ini merangsang kebolehan kanak-kanak mengingat susunan dan bunyi nombor walaupun mereka belum memahami konsep atau makna nombor yang disebutkan.




Menyusun nombor

Apabila kanak-kanak sudah mengenal dan mengecam simbol nombor, kanak-kanak perlu diberi pendedahan kepada susunan nombor. Susunan nombor yang betul penting apabila kanak-kanak mengira.


No comments:

Post a Comment