Friday, October 23, 2015

Kemahiran moto halus


Kenapa penting fine motor skill?


Atau mudah fahamnya,

Pergerakkan kecil atau otot jari jari.
Kalau gross motor skill,


Melibatkan otot besar, macam keseluruhan tangan dan kaki. (Aktiviti:tendang, panjat)

1. Anak menggunakan fine motor skill ni untuk belajar macam mana nak belajar.

2. Fine motor skill yg baik menjadi target kepada 4 perkara utama yang menyumbang kepada kejayaan anak dalam bidang apa pun yg dia ceburi nanti, selain dari :

  • skill membaca dan bahasa.
  • skill matematik
  • skill memberi tumpuan 
(Kat sini kena faham as apa jua bakat yg dia ada, insya allah, dia boleh move on. Bukan sekadar akademik semata)

3. Ada 28 otot kecil yang mengawal semua pergerakan setiap satu tangan dan jari jari.
40% dari kuasa minda mengawal kesemua pergerakan jari jari ni. Maksudnya, semakin kerap anak mempelbagaikan fungsi tangan dan jari, otaknya semakin aktif.




4. Hampir 10 hingga 30% kanak kanak mempunyai masalah dalam penulisan tangan. Dan jika peratusan ni dibandingkan dengan populasi kanak kanak 1 dunia, ianya satu jumlah yang amat menakutkan.


Melukis garisan di atas tepung


Membancuh tepung dan menguli doh 



Memasukkan straw ke dalam tali


Membentuk huruf menggunakan straw berdawai


Membina bangunan daripada block lego

5. Kanak-kanak zaman sekarang terlalu bergantung kepada gadget untuk belajar dan bermain, ini menghalang mereka dari menggunakan kuasa tenaga yg mereka ada untuk mengoptimumkan penggunaan tangan dan jari mereka.

Dan...

Sampai satu masa,
Anak anak akan tiada kekuatan tangan walaupun hanya untuk menulis dan melukis di atas sekeping kertas jika kita biarkan aktiviti anak ini diambil alih oleh gadjet.



Tuesday, September 29, 2015

Kepentingan Bermain

Pengenalan.

Daripada aspek psikologi, ramai tokoh pendidikan awal kanak-kanak mengatakan bermain adalah penting kerama kegiatan bermain banyak memberikan faedah kepada anak-anak. Aktiviti bermain amat penting kerana bermain menyediakan peluang kepada kanak-kanak menimba pengetahuan untuk digunakan dalam kemahiran yang diperlukan pada masa akan datang.

"Kanak-kanak perlu bermain dan bermain adalah penting kerana kemahiran yang diperoleh semasa bermain menjadi asas yang dapat digunakan untuk membuna kemahiran kehidupan akan datang. Apabila kanak-kanak terbabit dengan aktiviti yang sihat seperti bermain, maka mereka akan menghasilkan nilai yang baik. Nilai ini pula akan digunakan sebagai panduan untuk kehidupan masa hadapan"

ANTARA KELEBIHAN BERMAIN ADALAH UNTUK:

1- MEMBENTUK PERKEMBANGAN MENTAL

Bermain adalah penting untuk membentuk perkembangan mental yang sihat bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang jurang bermain akan berpotensi mempunyai masalah tekanan perasaan. Aktiviti bermain dapat meningkatkan semangat, mengurangkan tekanan, kemurungan, kebimbangan, kesedihan, perasaan dan marah. Apabila kanak-kanak diberi peluang melakukan perkara yang disukai, tekanan yang mereka alami akan berkurangan.
Bermain memerlukan kanak-kanak menggunakan otak dan belajar bagaimana hendak berfikir. Mereka lebih banyak belajar semasa bermain berbanding dengan pembelajaran secara formal.


Kajian menunjukkan bahawa bermain dapat membantu perkembangan sel-sel otak Proses bermain meningkatkan perhubungan antara sel-sel neuron di dalam otak. Perhubungan sinaps di dalam sistem neuron mula berkurang pada lingkungan umur 10 tahun. Jadi, aktiviti bermain penting pada usia 10 tahun kebawah kerana pada peringkat ini perkembangan otak kanak-kanak sangat berkembang pesat.

2- MEMUPUK MINAT DAN MOTIVASI

Guru berperanan memotivasikan murid melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti belajar melalui bermain. Segala tujuan pembelajaran dapat dicapai sekiranya guru menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan amalan kanak-kanak seperti bermain. Pembelajaran melalui bermain di dalam kelas dapat mengembangkan minat murid untuk belajar pelbagai subjek. Bermain dengan huruf ataupun perkataan misalnya dapat memotivasikan kanak-kanak untuk belajar bahasa.

3- MEMBINA IMAGINASI DAN KREATIVITI

Pemikiran kreatif mempunyai hubungan dengan keupayaan daya cipta dan semakin berkembang melalui aktiviti bermain yang banyak menggunakan imaginasi. Bermain adalah urusan kanak-kanak yang menggunakan daya imaginasi dalam pemikiran. Keupayaan menggunakan daya imaginasi dapat mencetuskan idea baharu.

4- MEMBENTUK KONSEP KENDIRI YANG POSITIF

Pengetahuan yang diperolehi semasa bermain membantu kanak-kanak membuna identiti diri dengan mantap. Perlakuan dengan rakan sepermainan mewujudkan sikap dan nilai positif terhadap diri sendiri. Mereka lebih berkeyakinan dan menghargai diri sensiri serta orang lain. Semasa berinteraksi dengan rakan, kanak-kanak belajar bertolak ansur dan memahami perspektif individu lain.



5- MENINGKATKAN PERKEMBANGAN INTELEK

Dapatan kajian menunjukkan skor IQ kumpulan dalam program yang berasaskan aktiviti bermain adalah lebih tinggi berbanding dengan skor IQ kumpulan dalam program yang menjurus kepada akademik.

6- MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR

Sebelum kanak-kanak belajar menggunakan idea dalam pemikiran, mereka memerlukan latihan yang banyak dengan objek dan persekitaran semasa bermain. Kemahiran berfikir membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang betul.














Sunday, September 27, 2015

Playdoh

Jangan Pandang Main Doh Remeh


Wahai ibu bapa dan guru-guru, jadikanlah main doh aktiviti WAJIB sekiranya anda sedang mengajar anak kecil membaca. Lebih-lebih lagi sekira anak anda cepat lupa atau mempunyai masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Menurut kajian saintis barat, membentuk huruf dan/atau perkataan dengan 'clay' ( doh / plastisin ) membantu pendawaian saraf-saraf otak kanan yang sangat penting untuk anak disleksia.

Sesetengah anak memerlukan TEMPLATE untuk membantu mereka membentuk huruf atau perkataan.


Saya menggunakan papan putih kecil sebagai template. Mudah, murah dan tidak membazir kertas sekiranya mengajar anak sendiri.
Anda juga boleh menggunakan pinggan plastik, alas pinggan plastik ( place mats ). Di taska dan tadika guru-guru boleh menyediakan template menggunakan kertas tebal yang di laminate.

Langkah pengajaran:
1. Sediakan template huruf / perkataan.
2. Beritahu anak, "Mama nak buat /a/ ". ( Sebut bunyi bukan nama huruf )
Tunjukkan dan ceritakan kepada anak cara huruf dibentuk.
" Mula-mula mama gentel doh macam ular. Kemudian mama buat bentuk melengkung dulu.

Kemudian mama gentel lagi doh macam ular. Sekarang mama letak ya menegak begini.

Kak Long, inilah /a/. Bunyi apa ni Kak long?"

Sila rujuk Carta Bunyi Bacalah Anakku / Readeasy Sound Chart untuk memastikan cara huruf ditulis dengan betul.

3. Galakkan anak untuk membentuk 'a' dengan sendiri. " Sekarang Cuba Kak Long pula buat /a/."
Beri template jika perlu.

4. Tanya anak, "Kak Long buat apa tu?"
Sekira jawapannya /a/, beri pelukan.

Bagi anak yang cepat lupa dan disleksia, aktiviti sebegini perlu dibuat untuk perkataan. Ya betul memakan masa. Tetapi aktiviti hands-on ( multi sensori ) sebegini lebih bermakna untuk mereka.

Sambil membentuk huruf, galakkan anak menyebut setiap bunyi di dalam perkataan, / a - n -i /, /ani /.

Selamat mencuba!

(Puan eliani.)





Bagaimana merangsang otak anak

BENGKEL MERANGSANG OTAK ANAK 0-6TAHUN

USIA 0

MENIARAP

Selepas lahir, tiarapkan bayi atas perut ibu untuk:
- skin to skin bg mengeratkan ikatan ibu dan anak
- breast crawl utk breastfeed

Sejak lahir, biarkan bayi meniarap pd kebanyakkan masa.
- tangan dan kaki bayi akan mula bergerak secara rawak ->deria rasa pd tangan dan kaki bayi dpt diaktifkan.
- slps pengulangan & latihan berterusan, bayi akan mula bergerak ke depan/belakang/kiri/kanan

KELEBIHAN MENIARAP
- semasa meniarap, bayi akan menggerakkan sendiri kepalanya (survival skill kurniaan Allah) melainkan ada masalah lain -> kepala bayi cepat kuat
- bayi tidur lebih nyenyak dan lama
- bayi tidak mudah tersentak & mendakap bumi sekiranya terkejut.
- sekiranya muntah, ia terus keluar & tidak masuk semula ke dalam mulut/telinga
- perut bayi tidak mudah masuk angin & angin mudah keluar kerana perut tertekan
- lebih banyak peluang untuk bayi berlatih -> lebih cepat bayi belajar bergerak -> lebih cpt otot membangun -> lebih cepat bahagian otak yang mengawal fungsi itu membangun

PERSEKITARAN & PAKAIAN YANG SESUAI

- lantai yang sesuai:
• selamat
• bersih
• tidak sejuk
• licin
• anjal
• rata

-pakaian yang sesuai:
• minium- tidak berlapis-lapis
• jari tangan dan kaki, lutut, siku, tangan bayi terdedah
No mitten & booties
No bedung
• lampin dan tshirt/romper pendek
• setelah bayi mula merangkak, pakaikan seluar yang menutup bahagian lutut agar lutut bayi terpelihara

KEBIMBANGAN IBUBAPA
1) SIDS boleh dielakkan dengan cara:
• gunakan tilam latex bukan tilam kekabu/gebu
• jgn letak kain berdekatan bayi
• jgn gunakan bantal agar bayi boleh memusingkan kepala

2) Tali pusat:
• cpt sembuh krn tekanan graviti yg menarik
• sekiranya sakit, bayi akan mengangkat punggong secara automatik

3) Anak menangis:
• jgn terus angkat - biarkan ank menangis seketika krn ia bagus utk membuka paru-paru anak.

4) Perut anak masuk angin jika tidak memakai mitten & booties:
• tiarapkan anak boleh mengelakkan perut anak masuk angin

😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘

BAGAIMANA MEMBANTU BAYI?

Sekiranya bayi tidak mahu meniarap/menjulur/ merangkak, boleh cuba perkara berikut:
• tidurkan bayi secara mengiring
• buat secara berperingkat (buat sedikit kemudian tambah masa/jarak)
• teman bayi dilantai, berada bersama bayi pada tahap mata mereka & buat bersama2
• bercakap2 dgn bayi
• banyakkan masa dilantai - makan tidur main belajar & lakukan segalanya dilantai
• ibubapa rasa selesa & menikmati masa bersama bayi - PENTING..!!!

Bayi tidak bergerak bukan kerana berat tetapi kerana:
• tiada rasa - kurang rangsangan deria sentuhan
• tidak seimbang - kurang daya imbangan
• permukaan yang kasar / tidak sesuai

Oleh itu, untuk membantu bayi bergerak kita boleh:
• berus/cubit2 bahagian kaki bayi
• lakukan aktiviti vestibular
• letakkan bayi atas permukaan yang licin seperti diatas tikar evamat
• lakukan "patterning" untuk mengajar bayi bagaimana cara bergerak
• gunakan trek menjulur atau lantai condong untuk membantu anak bergerak dengan graviti





Monday, September 7, 2015

Program BIJAK 4M

Antara sebab mengapa Program Bijak 4M ini perlu untuk anak-anak kita.
1) Ada dikalangan anak-anak yang tidak dapat mengikuti sistem 'phonic' yang digunakan di sesetengah tadika. Ini kerana sistem 'phonic' berbeza dengan sistem sukukata. Lebih teruk lagi di tadika mereka diajar menggunakan sistem 'phonic', dirumah, kita mengajar pula dengan sistem sukukata. Kecelaruan berlaku sehingga mereka keliru dan akhirnya merasakan aktiviti membaca adalah sesuatu yang menyusahkan mereka.
2) Mereka tidak boleh diajar secara beramai-ramai. Kepadatan pelajar didalam kelas dan kekurangan guru menyebabkan mereka cepat hilang fokus apabila di ajar beramai-ramai. Mereka perlu di tangani secara 'one to one' kerana fokus dan penerimaan anak-anak tidak sama antara satu sama lain. Ada ibu bapa yang memberitahu, mereka mendapat laporan dari guru yang anak mereka lansung tidak dapat mengikuti kelas membaca, namun apabila saya ajar mereka secara seorang diri, kemampuan mereka lebih cepat dari yang kita jangka.
3) Ada dikalangan mereka juga pernah mengalami pengalaman tidak seronok semasa belajar membaca. Dimarahi guru, didenda atau di cubit juga menjadi punca mereka tidak berminat untuk membaca. Apabila mereka disuruh membaca, mereka menjerit ketakutan kerana bimbang pengalaman itu berulang. Jangan beri tekanan kepada mereka, ia akan memburukkan keadaan sebenarnya. Beri mereka ruang dan masa untuk memahaminya secara fitrah dan bukan paksaan.
4) Tidak dinafikan ada sesetengah anak yang sangat cepat dan mudah mengikuti aktiviti dan proses membaca. Kadangkala ibu bapa jadi cenderung membandingkan kemampuan mereka dengan adik beradik lain yang lebih cepat membaca atau dengan anak rakan yang seusia mereka, tetapi sudah boleh membaca. Hal ini menyebabkan mereka berasa terlalu rendah diri dan kurang keyakinan kerana sering dibandingkan. Ia sebenarnya akan membentuk tekanan, mindset dan kepercayaan kepada anak, bahawa mereka tidak sebijak orang lain.Saya pernah berhadapan dengan keadaan anak yang sering mengungkapkan ayat "Saya tak boleh baca, cikgu. Mama saya kata, saya tak pandai baca" setiap kali saya menyuruhnya membaca.
5) Ada segelintir anak yang tidak suka sesuatu yang rigid. Kebanyakan buku membaca yang penuh dengan huruf menyebabkan mereka rasa bosan dan tidak menarik minat mereka. Bagi anak-anak yang begini, ibu bapa harus lebih kreatif mencari bahan dan buku membaca yang boleh menarik minat mereka dengan tidak tertumpu hanya pada satu bahan sahaja. Sebagai contoh, buku bacaan yang disertakan dengan gambar banyak membantu menarik minat mereka.
6) Ada lebih kurang 5% anak-anak ini tidak dapat saya bantu kerana mereka memerlukan khidmat doktor perubatan atau pakar psikitari. Ini kerana ketidakmampuan mereka untuk membaca adalah disebabkan masalah berkaitan saraf sebagai contoh sindrom dyslexia dimana mereka menghadapi kecelaruan mengenalpasti huruf atau bermasalah dalam pembelajaran kerana bacaan IQ mereka yang kurang daripada 80.
PERLUKAH RASA RISAU?
"Alah, buat apa nak risau, dulu saya pun membaca lambat. Darjah 3 baru boleh baca lancar. Alhamdulillah, berjaya juga masuk universiti. Sekarang hidup juga seperti orang lain. Buat apa nak beri tekanan kepada mereka?".
Ya, tidak perlu beri tekanan kepada mereka tetapi adakah kita perlu rasa risau, atau cukup sekadar 'rilex' sahaja dengan anak-anak yang masih belum boleh membaca pada usia 6 tahun? Sistem pendidikan hari ini telah banyak berubah. Perlaksanaan sistem penilaian berasaskan sekolah (PBS) telah mula diimplimentasi diseluruh sekolah di malaysia bermula dari tahun lalu.
Sistem ini mengutamakan serta memberi penekanan terhadap kemahiran berfikir pada aras tinggi kepada anak-anak. Sebagai contoh, apabila guru menunjukkan satu objek dihadapan murid-murid, mereka bukan sahaja perlu menyebut nama objek tersebut, tetapi mereka juga perlu menerangkan fungsi serta bagaimana cara objek tersebut melakukan kerja. Bagaimana mereka mampu memberi idea yang baik sekiranya mereka tidak dapat membaca.
Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal apabila disekolah bilangan pelajar mencecah hingga 40 orang didalam satu-satu kelas dan hanya ditangani oleh seorang guru. Pengalaman saya sendiri, apabila bilangan pelajar sudah melebihi 20 orang, kelas semakin sukar dikawal, fokus mereka juga sukar dibentuk. Maka terjadilah keadaan dimana, pelajar yang pandai menjadi semakin pandai tetapi yang lemah akan terus lemah kerana kurangnya tumpuan guru kepada mereka. Walaupun akhirnya mereka boleh membaca pada usia 9/10 tahun, namun mereka akan ketinggalan banyak perkara berbanding kawan-kawan lain.



Program BIJAK 4M (membaca, mengira, menulis, mengaji)
Bermula 23.11.2015 sehingga 18.12.2015
Terbuka kepada kanak-kanak 5tahun dan 6tahun.
  • program bermain sambil belajar
  • program transisi ke Darjah 1 (sifar LINUS)
  • bijak membaca BM BI JAWI BA
  • Hands-on activities/playschool

INSYAA ALLAH ANAK2 GEMBIRA BERSAMA KAMI
Di kendalikan oleh Guru berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang pra sekolah. 

Pengisian yang menarik minat anak2
Tempat : Tadika Desa Flora (DESAMINIUM FLORA)
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 8.30pg - 11.30pg
Yuran RM170.00
Diskaun RM30 UNTUK PENDAFTARAN AWAL.
Tarikh tutup pendaftaran : 02 Oktober 2015
Hubungi :
cikgu Deeja 016-3234571
cikgu siti 012-7071791


Wednesday, August 12, 2015

Pendaftaran sesi 2016 DIBUKA

PENDAFTARAN 2016
TADIKA DESA FLORA
(Islamic preschool)
DIBUKA SEKARANG!!!
⏰ Waktu pembelajaran 8pg - 12tghari.
- Modul kebangsaan (kurikulum standard prasekolah kebangsaan)
- Smart reading programme (BM & BI)
- J-QaF
- Art & craft
⏰ Waktu pembelajaran 2ptg - 5ptg
🌍 Praktikal dan amali
- Solat
- Wudhu
- Asas fardhu ain
- Bacaan Quran (iqra/furqan)
- Hafazan surah, hadis & doa harian
⏰ Waktu pembelajaran 8pg - 12tghari.
👥 Terhad kepada 50 orang pelajar sahaja berumur 4thn - 6thn.
Dapatkan borang pendaftaran sekarang di
Tadika Desa Flora,
Dewan Desaminium Flora,
Tmn. Desaminium,
Lestari Perdana,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Pn. Khadijah 014-6313705/ 016-3234571
En. Ali 013-3134691
🚫 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 30 OKTOBER 2015.

Tuesday, June 2, 2015

Bermain nombor

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Bertemu lagi dengan entri NOMBOR daripada kami.
Jom bermain mengecam jumlah dan angka dengan betul.
Siapa yang betul banyak, dia dapat banyak jelly...!!! Waaaahhhh...!!! Seronoknya..!!