Monday, September 7, 2015

Program BIJAK 4M

Antara sebab mengapa Program Bijak 4M ini perlu untuk anak-anak kita.
1) Ada dikalangan anak-anak yang tidak dapat mengikuti sistem 'phonic' yang digunakan di sesetengah tadika. Ini kerana sistem 'phonic' berbeza dengan sistem sukukata. Lebih teruk lagi di tadika mereka diajar menggunakan sistem 'phonic', dirumah, kita mengajar pula dengan sistem sukukata. Kecelaruan berlaku sehingga mereka keliru dan akhirnya merasakan aktiviti membaca adalah sesuatu yang menyusahkan mereka.
2) Mereka tidak boleh diajar secara beramai-ramai. Kepadatan pelajar didalam kelas dan kekurangan guru menyebabkan mereka cepat hilang fokus apabila di ajar beramai-ramai. Mereka perlu di tangani secara 'one to one' kerana fokus dan penerimaan anak-anak tidak sama antara satu sama lain. Ada ibu bapa yang memberitahu, mereka mendapat laporan dari guru yang anak mereka lansung tidak dapat mengikuti kelas membaca, namun apabila saya ajar mereka secara seorang diri, kemampuan mereka lebih cepat dari yang kita jangka.
3) Ada dikalangan mereka juga pernah mengalami pengalaman tidak seronok semasa belajar membaca. Dimarahi guru, didenda atau di cubit juga menjadi punca mereka tidak berminat untuk membaca. Apabila mereka disuruh membaca, mereka menjerit ketakutan kerana bimbang pengalaman itu berulang. Jangan beri tekanan kepada mereka, ia akan memburukkan keadaan sebenarnya. Beri mereka ruang dan masa untuk memahaminya secara fitrah dan bukan paksaan.
4) Tidak dinafikan ada sesetengah anak yang sangat cepat dan mudah mengikuti aktiviti dan proses membaca. Kadangkala ibu bapa jadi cenderung membandingkan kemampuan mereka dengan adik beradik lain yang lebih cepat membaca atau dengan anak rakan yang seusia mereka, tetapi sudah boleh membaca. Hal ini menyebabkan mereka berasa terlalu rendah diri dan kurang keyakinan kerana sering dibandingkan. Ia sebenarnya akan membentuk tekanan, mindset dan kepercayaan kepada anak, bahawa mereka tidak sebijak orang lain.Saya pernah berhadapan dengan keadaan anak yang sering mengungkapkan ayat "Saya tak boleh baca, cikgu. Mama saya kata, saya tak pandai baca" setiap kali saya menyuruhnya membaca.
5) Ada segelintir anak yang tidak suka sesuatu yang rigid. Kebanyakan buku membaca yang penuh dengan huruf menyebabkan mereka rasa bosan dan tidak menarik minat mereka. Bagi anak-anak yang begini, ibu bapa harus lebih kreatif mencari bahan dan buku membaca yang boleh menarik minat mereka dengan tidak tertumpu hanya pada satu bahan sahaja. Sebagai contoh, buku bacaan yang disertakan dengan gambar banyak membantu menarik minat mereka.
6) Ada lebih kurang 5% anak-anak ini tidak dapat saya bantu kerana mereka memerlukan khidmat doktor perubatan atau pakar psikitari. Ini kerana ketidakmampuan mereka untuk membaca adalah disebabkan masalah berkaitan saraf sebagai contoh sindrom dyslexia dimana mereka menghadapi kecelaruan mengenalpasti huruf atau bermasalah dalam pembelajaran kerana bacaan IQ mereka yang kurang daripada 80.
PERLUKAH RASA RISAU?
"Alah, buat apa nak risau, dulu saya pun membaca lambat. Darjah 3 baru boleh baca lancar. Alhamdulillah, berjaya juga masuk universiti. Sekarang hidup juga seperti orang lain. Buat apa nak beri tekanan kepada mereka?".
Ya, tidak perlu beri tekanan kepada mereka tetapi adakah kita perlu rasa risau, atau cukup sekadar 'rilex' sahaja dengan anak-anak yang masih belum boleh membaca pada usia 6 tahun? Sistem pendidikan hari ini telah banyak berubah. Perlaksanaan sistem penilaian berasaskan sekolah (PBS) telah mula diimplimentasi diseluruh sekolah di malaysia bermula dari tahun lalu.
Sistem ini mengutamakan serta memberi penekanan terhadap kemahiran berfikir pada aras tinggi kepada anak-anak. Sebagai contoh, apabila guru menunjukkan satu objek dihadapan murid-murid, mereka bukan sahaja perlu menyebut nama objek tersebut, tetapi mereka juga perlu menerangkan fungsi serta bagaimana cara objek tersebut melakukan kerja. Bagaimana mereka mampu memberi idea yang baik sekiranya mereka tidak dapat membaca.
Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal apabila disekolah bilangan pelajar mencecah hingga 40 orang didalam satu-satu kelas dan hanya ditangani oleh seorang guru. Pengalaman saya sendiri, apabila bilangan pelajar sudah melebihi 20 orang, kelas semakin sukar dikawal, fokus mereka juga sukar dibentuk. Maka terjadilah keadaan dimana, pelajar yang pandai menjadi semakin pandai tetapi yang lemah akan terus lemah kerana kurangnya tumpuan guru kepada mereka. Walaupun akhirnya mereka boleh membaca pada usia 9/10 tahun, namun mereka akan ketinggalan banyak perkara berbanding kawan-kawan lain.



Program BIJAK 4M (membaca, mengira, menulis, mengaji)
Bermula 23.11.2015 sehingga 18.12.2015
Terbuka kepada kanak-kanak 5tahun dan 6tahun.
  • program bermain sambil belajar
  • program transisi ke Darjah 1 (sifar LINUS)
  • bijak membaca BM BI JAWI BA
  • Hands-on activities/playschool

INSYAA ALLAH ANAK2 GEMBIRA BERSAMA KAMI
Di kendalikan oleh Guru berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang pra sekolah. 

Pengisian yang menarik minat anak2
Tempat : Tadika Desa Flora (DESAMINIUM FLORA)
Hari : Isnin - Khamis
Masa : 8.30pg - 11.30pg
Yuran RM170.00
Diskaun RM30 UNTUK PENDAFTARAN AWAL.
Tarikh tutup pendaftaran : 02 Oktober 2015
Hubungi :
cikgu Deeja 016-3234571
cikgu siti 012-7071791


No comments:

Post a Comment