PlaySchool

Assalamualaikum wbt.

Selepas jam 2ptg, kami di Tadika Islam Desa Flora terus menyambung beberapa aktiviti untuk kanak-kanak playgroup 3thn-6thn. Pelbagai aktiviti yang telah kami laksanakan. Aktiviti ini adalah pendedahan awal pengetahuan kepada anak-anak kecil seperti nombor, huruf, bentuk, warna dan banyak lagi aktiviti lain yang dapat meransang perkembangan otaknya. Kebanyakan aktiviti ini dilakukan secara hands-on (main sambil belajar).

Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah:

  • Menguli playdough
  • Mencantum huruf
  • Mengecam bentuk
  • Melukis dan mewarna
  • Bercerita
  • Bermain dalam kumpulan
  • Permainan/sukan rakyat
  • Membilang dadu/bentuk
  • Masukkan bijian didalam tali
  • Membentuk huruf menggunakan dough dan straw
Kami juga dalam usaha untuk menambah beberapa lagi aktiviti untuk anak-anak Desa Flora khususnya supaya dapat bersaing maju seiring seperti anak-anak di tadika lain yang telah diketahui kehebatannya samada dari segi jenama dan pengalaman guru-guru.

Kami akan mencuba lagi untuk kebaikan semua pihak. Sebarang cadangan boleh dikemukakan kepada kami melalui komen atau emel.

Berikut adalah beberapa keping gambar hasil daripada aktiviti yang telah kami laksanakan.

















































Alhamdulillah...doakan kami dapat terus berbakti kepada anak-anak kecil di sini...

No comments:

Post a Comment