Saturday, February 28, 2015

Playgroup

Shape...Shape...

Circle bulat circle bulat,
Square segi empat, square segi empat,
Rectangle segi empat tepat,
Rectangle segi empat tepat,
Triangle segi tiga....

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih kerana sudi membaca hasil tulisan kami disini. Kali ini kami mahu kongsikan serba sedikit aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang bulan lepas.

Tajuk :
Mendengar lagu fonik Abu Ada Ayam.





Tajuk:
Mengenal menyebut dan melakar shapes..














Tajuk:
Fun aktivities with grolier..







Tajuk:
Membuat donut celup coklat.



Tajuk:
Keluarga saya.





Sekian terima kasih,
By,
Ummuhakeem

Wednesday, February 25, 2015

Orientasi 2015

Assalamualaikum wbt.

Laporan Orientasi.

Alhamdulillah, kami telah mula beroperasi seperti yang dirancang. Berikut adalah sedikit aktiviti yang telah kami lakukan.

Aktiviti aaaaa...

1. aaa untuk awan..

Cara pelaksanaan:
Kertas A4 berwarna biru
Gam
Kapas Gunting

Guru melakar gambar awan dan meminta murid mengguntingnya sendiri dengan pantauan guru.
Di atas skecth book, guru membantu murid menampal awan kemudian kapas. Maka terhasillah gambaran awan yang indah.

2. Imaginasi rumah untuk ruang menulis huruf yang betul. (Blue line)

Cara pelaksanaan:
Guru melukis gambaran bumbung dan bentuk rumah sambil bercerita a budak baik duduk dalam rumah. (membawa maksud, apabila mahu menulis a pastikan bentuknya penuh didalam ruangan garisan biru iaitu di dalam rumah). Oleh itu, murid akan tertarik dengan penceritaan tersebut sekaligus dapat memberi semangat untuk mereka teruskan penulisan untuk huruf-huruf yang lain.

3. Air (Red line)

Cara pelaksanaan:
a budak baik duduk dalam rumah. Badan a penuh dari bumbung sambil bercerita a ibarat bulan yang cantik. Tiang a mesti sentuh lantai.

Berikut adalah hasil beberapa keping gambar yang sempat guru ambil untuk membantu ibubapa diluar sana membantu anak menulis.












Haaaa....!!!
Bagaimana hasil yang telah mereka lakukan...??
Hebatkan..??
Masyaa allah... Allah bagi hebat...Allah bagi pandai...
Alhamdulillah...

Dan dibawah ini juga disertakan contoh sebelum teknik imaginasi ini dilakukan. Murid tidak dapat memberi tumpuan dalam penulisan namun akhirnya berjaya melaksanakan penulisan dengan baik setelah memahami teknik imaginasi ini.



Alhamdulillah... Kami berbangga dengan anak didik kami dan berharap ibubapa/guru diluar sana juga dapat memberi yang terbaik untuk anak didik mereka. Hanya Allah swt sahaja yang boleh membalas jasa kalian selaku pendidik.

Friday, February 20, 2015

Sekapur sirih

Assalamualaikum untuk semua ibubapa dan guru khususnya.

Mengajar anak membaca adalah tanggungjawab bersama ibubapa dan guru bukan terletak pada bahu guru sahaja. Tugas ini semakin penting kerana kehendak dan keperluan pendidikan awal kanak-kanak semakin mencabar sesuai dengan perkembangan zaman. Oleh itu mengajar membaca awal sebelum anak-anak melangkah ke Tahun 1 menjadi lebih penting dan menjadi salah satu objektif pendidikan awal prasekolah pada hari ini.

Bagaimanapun, mengajar anak kecil membaca awal tidaklah semudah yang disangkakan kecualilah ibubapa membuat persediaan awal dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan anak-anak kecil dalam persekitaran yang menyeronokkan.

Atas kesedaran inilah buku ini dikarang sebagai panduan untuk ibu bapa dan guru mengajar anak kecil membaca awal. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai ibu dan bapa yang mempunyai 6 orang anak dan sedikit pengetahuan mengenai fonik, kami berharap ibu bapa dan guru dapat memanfaatkan buku ini sebagai persediaan awal melahirkan anak-anak yang celik huruf pada usia awal.

Kredit to
Nik Eliani dan Othman Ahamad
April 2013

Dapatkan buku ini segera...

Thursday, February 19, 2015

Pembukaan Tadika 2015

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.
بسم الله الرحمن الرحيم....

Assalamualaikum wbt.

Bersyukur kepada Allah swt kerana Dia memberikan kita nikmat dan rezeki masing-masing. Alhamdulillah, sempena tahun 2015, kami berjaya mendapatkan tempat untuk mencurahkan bakti kepada anak-anak kecil dengan membuka Pusat Perkembangan Kanak-kanak Islam dan Prasekolahan khusus untuk warga Desaminium Flora dan penduduk setempat amnya.

Kami amat mengalukan kedatangan murid baru ke Pusat Pekembangan kami yang terletak di sebelah Surau Al-Huda, Desaminium Flora. Sedikit latar belakang pemilik Pusat ini seperti di bawah.

Nama Pusat: Tadika Islam Desa Flora
Pemilik: Siti Khadijah binti Mohd Nasir 

Beliau merupakan seorang bekas guru KAFA yang telah berkhidmat hampir 10 tahun di bawah lantikan JAIS. Terbitnya rasa cinta pada dunia pendidikan awal kanak-kanak apabila melihat anak -anak membesar dan terpanggil untuk membantu anak-anak dalam pelajaran tetapi tidak tahu pendekatan yang sesuai lantas banyak membuat rujukan dan kajian melalui pembacaan,pengalaman dan sifat ingin tahu yang amat mendalam kerana amat bimbang dengan kemajuan anak-anak yang ketika itu sudah memasuki alam prasekolah. Lantaran itu,sedikit demi sedikit ilmu tentang pendidikan awal kanak-kanak digali, dicari dan di aplikasi kepada anak-anak namun ia bukanlah suatu yang mudah untuk mendapatkan kejayaan.

Berkat bantuan dan sokongan daripada suami, adik beradik dan sahabat handai, maka dengan semangat yang jitu dan tekad untuk memulakan perkhidmatan ini, beliau telah meletak jawatan sebagai guru KAFA dan ingin memberi tumpuan sepenuhnya di dalam bidang yang baru diceburi ini.

Semoga dengan usaha ini, Allah meredhai setiap amal kebaikan kita demi anak-anak disini.