Friday, February 20, 2015

Sekapur sirih

Assalamualaikum untuk semua ibubapa dan guru khususnya.

Mengajar anak membaca adalah tanggungjawab bersama ibubapa dan guru bukan terletak pada bahu guru sahaja. Tugas ini semakin penting kerana kehendak dan keperluan pendidikan awal kanak-kanak semakin mencabar sesuai dengan perkembangan zaman. Oleh itu mengajar membaca awal sebelum anak-anak melangkah ke Tahun 1 menjadi lebih penting dan menjadi salah satu objektif pendidikan awal prasekolah pada hari ini.

Bagaimanapun, mengajar anak kecil membaca awal tidaklah semudah yang disangkakan kecualilah ibubapa membuat persediaan awal dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan anak-anak kecil dalam persekitaran yang menyeronokkan.

Atas kesedaran inilah buku ini dikarang sebagai panduan untuk ibu bapa dan guru mengajar anak kecil membaca awal. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai ibu dan bapa yang mempunyai 6 orang anak dan sedikit pengetahuan mengenai fonik, kami berharap ibu bapa dan guru dapat memanfaatkan buku ini sebagai persediaan awal melahirkan anak-anak yang celik huruf pada usia awal.

Kredit to
Nik Eliani dan Othman Ahamad
April 2013

Dapatkan buku ini segera...

No comments:

Post a Comment