Tuesday, September 29, 2015

Kepentingan Bermain

Pengenalan.

Daripada aspek psikologi, ramai tokoh pendidikan awal kanak-kanak mengatakan bermain adalah penting kerama kegiatan bermain banyak memberikan faedah kepada anak-anak. Aktiviti bermain amat penting kerana bermain menyediakan peluang kepada kanak-kanak menimba pengetahuan untuk digunakan dalam kemahiran yang diperlukan pada masa akan datang.

"Kanak-kanak perlu bermain dan bermain adalah penting kerana kemahiran yang diperoleh semasa bermain menjadi asas yang dapat digunakan untuk membuna kemahiran kehidupan akan datang. Apabila kanak-kanak terbabit dengan aktiviti yang sihat seperti bermain, maka mereka akan menghasilkan nilai yang baik. Nilai ini pula akan digunakan sebagai panduan untuk kehidupan masa hadapan"

ANTARA KELEBIHAN BERMAIN ADALAH UNTUK:

1- MEMBENTUK PERKEMBANGAN MENTAL

Bermain adalah penting untuk membentuk perkembangan mental yang sihat bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang jurang bermain akan berpotensi mempunyai masalah tekanan perasaan. Aktiviti bermain dapat meningkatkan semangat, mengurangkan tekanan, kemurungan, kebimbangan, kesedihan, perasaan dan marah. Apabila kanak-kanak diberi peluang melakukan perkara yang disukai, tekanan yang mereka alami akan berkurangan.
Bermain memerlukan kanak-kanak menggunakan otak dan belajar bagaimana hendak berfikir. Mereka lebih banyak belajar semasa bermain berbanding dengan pembelajaran secara formal.


Kajian menunjukkan bahawa bermain dapat membantu perkembangan sel-sel otak Proses bermain meningkatkan perhubungan antara sel-sel neuron di dalam otak. Perhubungan sinaps di dalam sistem neuron mula berkurang pada lingkungan umur 10 tahun. Jadi, aktiviti bermain penting pada usia 10 tahun kebawah kerana pada peringkat ini perkembangan otak kanak-kanak sangat berkembang pesat.

2- MEMUPUK MINAT DAN MOTIVASI

Guru berperanan memotivasikan murid melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti belajar melalui bermain. Segala tujuan pembelajaran dapat dicapai sekiranya guru menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan amalan kanak-kanak seperti bermain. Pembelajaran melalui bermain di dalam kelas dapat mengembangkan minat murid untuk belajar pelbagai subjek. Bermain dengan huruf ataupun perkataan misalnya dapat memotivasikan kanak-kanak untuk belajar bahasa.

3- MEMBINA IMAGINASI DAN KREATIVITI

Pemikiran kreatif mempunyai hubungan dengan keupayaan daya cipta dan semakin berkembang melalui aktiviti bermain yang banyak menggunakan imaginasi. Bermain adalah urusan kanak-kanak yang menggunakan daya imaginasi dalam pemikiran. Keupayaan menggunakan daya imaginasi dapat mencetuskan idea baharu.

4- MEMBENTUK KONSEP KENDIRI YANG POSITIF

Pengetahuan yang diperolehi semasa bermain membantu kanak-kanak membuna identiti diri dengan mantap. Perlakuan dengan rakan sepermainan mewujudkan sikap dan nilai positif terhadap diri sendiri. Mereka lebih berkeyakinan dan menghargai diri sensiri serta orang lain. Semasa berinteraksi dengan rakan, kanak-kanak belajar bertolak ansur dan memahami perspektif individu lain.



5- MENINGKATKAN PERKEMBANGAN INTELEK

Dapatan kajian menunjukkan skor IQ kumpulan dalam program yang berasaskan aktiviti bermain adalah lebih tinggi berbanding dengan skor IQ kumpulan dalam program yang menjurus kepada akademik.

6- MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR

Sebelum kanak-kanak belajar menggunakan idea dalam pemikiran, mereka memerlukan latihan yang banyak dengan objek dan persekitaran semasa bermain. Kemahiran berfikir membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang betul.














1 comment:

  1. Best No Deposit Bonus Codes in India - Herzamanindir.com
    5 steps1.Visit the herzamanindir official website ford escape titanium of No Deposit 토토 사이트 모음 India.
    Benefits of using gri-go.com a worrione.com no deposit bonus.
    Benefits of using a no deposit bonus.
    Benefits of using a no deposit bonus.
    Online Sincere Accessory domain www.online-bookmakers.info

    ReplyDelete