Assalamualaikum wbt.
Laporan Orientasi.
Alhamdulillah, kami telah mula beroperasi seperti yang dirancang. Berikut adalah sedikit aktiviti yang telah kami lakukan.
Aktiviti
aaaaa...
1. aaa untuk awan..
Cara pelaksanaan:
Kertas A4 berwarna biru
Gam
Kapas Gunting
Guru melakar gambar awan dan meminta murid mengguntingnya sendiri dengan pantauan guru.
Di atas skecth book, guru membantu murid menampal awan kemudian kapas. Maka terhasillah gambaran awan yang indah.
2. Imaginasi rumah untuk ruang menulis huruf yang betul. (Blue line)
Cara pelaksanaan:
Guru melukis gambaran bumbung dan bentuk rumah sambil bercerita a budak baik duduk dalam rumah. (membawa maksud, apabila mahu menulis a pastikan bentuknya penuh didalam ruangan garisan biru iaitu di dalam rumah). Oleh itu, murid akan tertarik dengan penceritaan tersebut sekaligus dapat memberi semangat untuk mereka teruskan penulisan untuk huruf-huruf yang lain.
3. Air (Red line)
Cara pelaksanaan:
a budak baik duduk dalam rumah. Badan a penuh dari bumbung sambil bercerita a ibarat bulan yang cantik. Tiang a mesti sentuh lantai.
Berikut adalah hasil beberapa keping gambar yang sempat guru ambil untuk membantu ibubapa diluar sana membantu anak menulis.
Haaaa....!!!
Bagaimana hasil yang telah mereka lakukan...??
Hebatkan..??
Masyaa allah... Allah bagi hebat...Allah bagi pandai...
Alhamdulillah...
Dan dibawah ini juga disertakan contoh sebelum teknik imaginasi ini dilakukan. Murid tidak dapat memberi tumpuan dalam penulisan namun akhirnya berjaya melaksanakan penulisan dengan baik setelah memahami teknik imaginasi ini.
Alhamdulillah... Kami berbangga dengan anak didik kami dan berharap ibubapa/guru diluar sana juga dapat memberi yang terbaik untuk anak didik mereka. Hanya Allah swt sahaja yang boleh membalas jasa kalian selaku pendidik.